Tuesday, October 13, 2009
Program lepas Raya
Badminton Superseries - (tarikh belum ditetapkan lagi)
Kutipan duit sedang di buat sapa2 tok bayar lagi tu,
sila bayar kepada Nazulman. ( Bendahari)
kali ni badminton dianjurkan oleh Shukri Gadong.
Bolasepak Perantau Final 2009 (tarikh belum ditetapkan lagi)
Bayaran RM30 seorang bayar kepada Hisyam Airport atau Abang Lam
Ada hadiah bajula sebab final kam..
Projek memancing di ulu tak dapat dijalankan atas sebab2 teknikal
jadi kita ganti dengan Projek Mancing malam minggu di belakang kedai Mamat Tomyam
Eratkan silaturrahim sesama Perantau..
"Bersatu Melalui Sukan"
Thursday, October 1, 2009
TAHNIAH
1. Tuan Hisham DCA (Lanc Koperal Hisham lah sekarang ni) - mendapat puteri.
2. Tuan Shahrir SMK Kubong - mendapat puteri jugak.
3. Tuan Syed Syahril Izaham SMK Patiambun - mendapat puteri jugak.
4. Tuan Khairul Hisham SK Melayu Pusat (Sarjan Hisham) - mendapat anak lelaki.
TAHNIAH lagi sekali untuk ahli-ahli kita ini.
Motivasi untuk kalian....tingkatkan usaha dan teruskan untuk memperbanyakkan umat Islam.
ALHAMDULILLAH....
Saturday, September 19, 2009
SALAM AIDILFITRI
saya mohon ribuan ampun dari kawan2 perantau dan juga bekas perantau.... yang tentunya mungkin ada ketelanjuran kata....kawan2 semua pun sedia maklum saya tidak kurangnya juga bermulut lazer....takut juga ada yang tersentuh hati.... Maaflah ye...
sekian ..... Maaf Zahir Batin.
SALA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA.
Tuesday, September 15, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Saya ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala salah dan
silap sepanjang perkenalan ini...
Saya juga sekarang ini sedang mencari seseorang yang boleh
mentadbir blog ini supaya blog ini supaya ianya sentiasa aktif...
Sebenarnya Perantau Limbang sentiasa aktif dengan bermacam- macam program tetapi
memandangkan saya sekarang ini terlalu sibuk dengan urusan kerja jadi segala urusan
meng update blog Perantau Limbang ini jadi tergendala.......
Mohon jutaan kemaafan kerana tidak berkesempatan meng update blog ini selalu...
Sesiapa yg berminat menjadi author blog ini bolehla emel saya ke :-
hisyam@dca.gov.my
Saya berharap agar ahli-ahli Perantau Limbang ni bersatu hati dia bawah satu nama PERANTAU LIMBANG, tidak kiralah dari mana asal negeri kita.. asalkan kita semua dari
semenanjung Malaysia.. Semoga kebersatuan dan keratan Silaturrahim kita sepanjang kita berkhidmat di negeri Sarawak ini menjadi ini kenangan manis bila kita meninggalkan bumi Sarawak nanti.
Sekian..
Salam Aidilfitri untuk semua...
Monday, July 27, 2009
Senarai Nama Pemain Badminton Super Series Ke-2 Perantau 2009
Pok Nik Tupat Nasi
Yoi Agama Lopat Tike
Boy Tomyam Nekbad
TUan Anaz Buoh Ulu
Jemi Akok
Loqman Onde Onde
Shauqi Nasi Kerabu
China
Ling Rahimi
Wong Lam Medamit
Pang Shamsul Buruh
Cheng Pije Long Napir
Yong Khairul
Chai Miji Melbourne
Teck Faizi
Denmark
Peter Nazulman Gade
James Ustad Zuri
John Ustad Hisyam
Kenneth Amy Ablan
Josh Wan Patiambun
West Uji Melbourne
East Haji Lie
Korea
Park Ustad Pejal
Yuil Hafiz Patiambun
Lepeng Akmal Agama
Supang Shukri Gadong
Kederamark Hafizudin
Bong Fahmi Medamit
Lark Ustad Jenal
Indonesia
Wak Khairul
Wak MAi Helmi Buruh
Wak Tok Moh
Wak Fitri
Wak Hisyam Bukit Batu
Wak Syed Patiambun
WakZainudin
Japan
Setopa nakasi kerabu
Bahrain nakasi lemak
Mat Patiambun minumato leci
Ijad Ablan minumato lima
Fadzil karu garu
Pojie SMKL karu maru
Aliff garu garu
England
Lois Ustad Qari
Stepehen Ustad Kamal
Dark Tuan Pejal
Clark Hisyam Epot
Jonison Rizal Patiambun
Meching Ustad Qadir
Barack Abang Lam
Thailand
Super CIk Wan Agro patani jinok
Kahlil naratiwat
Nazrul Buruh bangkok
Pejal Patiambun chieng mai
Azizi Agama tak bai
Pok Dan lak
Ustad Amir hindiana
Friday, July 24, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Mari Bercerita Tentang Nabi Kita
Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Yaitu Rasulullah SAW,
penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 'fathonah',
Bahkan yang paling 'Fathonah' dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Yaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lewat dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang dapat menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang,
disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran 'Ulul Azmi'
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua 'Ulul Azmi', dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu'nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lewat, tidak diizinkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ini siapa?
Saidina Abu Bakar berkata "Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat"
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Yaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat nadinya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim'
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya,
Tuhan berkata "Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba"
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu' dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makanan yang dia suka, susu dan kurma,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.
Sumber: Nazam oleh Syeikh Ashaari Muhammad
Sunday, June 21, 2009
TEAM TOKEY KALAH LAGI
seperti biasa keadaannya sentiasa sengit dan senget. Mengikut bualan kebangaan dari pemain-pemain yang menang....pasukan tokey dengan sengitnye mempertahankan pintu gol agar tidak dibolosi oleh tendangan2 berbisa dari team Ablan. maka sengetlah perlawanan tersebut dipihak tokey dan hampir2 karam tenggelam kekecewaan. tu baru hampir....akhirnye tenggelam didasar kekalahan apabila perlawanan disudahi dengan sepakan penalti...4 team ablan, 3 team tokey...
namun kekalahan tersebut tidak memberi kesan kepada team tokey... kata salah seorang pemainnye yang tidak kurang hebat (mulut je hebat, main tak belahmanapun) Jenal Robin " kalu nak kira jaringan, set dio tak menang lagi"... itu katanya. puak ablan tersenyum saje termasuk ablan sendiri....
"Main hanyalah main....kawan tetap kawan"....harap geng2 perantau paham dengan ungkapan tersebut yang menggunakan perkataan 'hanyalah' dan 'tetap'.
kepada semua geng2 perantau yang menjayakan perlawanan hari ini....terima kasih dari pihak penganjur selaku orang yang bertanggungjawab dibawah Kesatuan Perantau Limbang kerana memberikan sambutan yang hebat bagi menguatkan ikatan antara ahli2 perantau.
Sekian Terima Kasih.Tuesday, June 16, 2009
FAKTA: JOHN 3:16
Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya.
Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.
John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".
Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ?
Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)
JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.
Harap ambil lah iktibar..
"Bagaimana wudhu' zahir dan batin?"
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin.
"Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2..Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
sekian, Untuk munafaat kita bersama.
Sunday, May 17, 2009
Pasukan AbgLam menang bergaya 3-1
Pasukan Asri Tauke dengan jaringan 3-1...
Nampaknya team AbangLam mempamerkan kekuatan sebenar
setelah 2 kali perlawan sebelum ini member kemenangan
tipis Kepada Set Tauke..
Kata AbangLam semasa ditemuramah selepas perlawanan pagi tadi,
"Hari ni set kita baru tunjuk skills sebenar, match lepas2 tu sekadar
memberi semangat kpd set Tauke"..
Set Tauke nampaknya cuba memprovokasi perlawanan dengan tidak
membawa piala pusingan yg telah dimenangi pada match lepas.. Mungkin terlalu yakin akan menang lagi pada match hari ni..
Set Tauke juga sengaja melambat-lambatkan acara penyampaian hadiah selepas perlawanan mungkin kerana terlalu kecewa..
Semasa Penyampaian hadiah pula, Kapten Asri Tauke menghilangkan diri seketika
dan kemudian muncul semula sewaktu jamuan...huhuhuhu
Itulah antara provokasi2 yg telah dibuat oleh set Tauke kepada set AbangLam pada hari ini.
Walaubagaimanapun Set AbangLam berkata, hadiah dan piala semua tu tidak penting...
Yang paling penting adalah 'KEMENANGAN'
Diharapkan dapat mengeratkan Silaturrahim sesama kita ahli Perantau Limbang melalui sukan.
Saturday, May 2, 2009
Sunday, April 26, 2009
Pasukan Abng Lam Tewas Lagi Penalti 4-3
Pasukan Asri Tauke memenangi perlawanan dengan sepakan penalti setelah kedua dua pasukan terikat dengan jaringan 3-3.
Tendangan Penalti yg gagal disempurnakan oleh:
Shukri Gadong (Pasukan Asri Tauke)
PokNik (Pasukan Abang Lam)
Nazulman (Pasukan Abang Lam)
Ini merupakan kekalahan kedua pasukan Abang Lam pada musim ini.
Kata Abang Lam, "Perlawanan ini tidak mencerminkan kekuatan sebenar pasukan kita,
kerana ketiadaan beberapa pemain handalan kita yang pergi berkursus"
Asri Tauke dan Cik Wan Agro pula berkata, "Toksoh duk banyok alasan la kalu kaloh gak"
Cis Jebat Derhaka!!!!
Sunday, April 5, 2009
Keputusan Bolasepak Perantau dan Badminton Piala PokHim
Perlawanan pertama Bolasepak Perantau musim 2009 pagi tadi telah dimenangi
oleh pasukan Asri Tauke dengan jaringan 3-2.
Pasukan Abang Lam hampir menyamai kedudukan pada minit2 terakhir tapi beberapa peluang cantik gagal disempurnakan oleh Abang Lam(striker utama)..
Perlawanan kedua dijangka akan diadakan pada 26 April 2009.
Keputusan Badminton Piala PokHim pula adalah seperti berikut :-
Johan : Pasukan China yang diketuai oleh Nazulman..
Naib Johan : Pasukan Indonesia yang diketuai oleh Setopa
Ketiga : Pasukan Dernmark yang diketuai oleh Pok Nik
Sunday, March 29, 2009
Nama-Nama Pemain & Pasukan Bolasepak Perantau 2009
Pasukan Asri Tauke (Jersi Oren)
1) Asri Tauke - Kapitan
2) Ustad Jenal
3) Fitri
4) Haji Lie
5) Inspektor Zaidi
6) Syed Patiambun
7) Ustad Qari
8) Wan Shamsul
9) Ustad Zuri
10) Khalil Ablan
11) Kamal SK Telahak
12) Che Hasyim Polis
13) Ijad Ablan
14) Faizil
15) Helmi Buruh
16) Nazrul Buruh
17) Azizi SK Kubong
18) Helmi Patiambun
19) Setopa
20) Ustad Karim
21) Uji Melbourne
22) Boh Hafiz
23) Shukri SK Gadong
24) Fairul Yuk Hin
Pasukan Abang Lam (Jersi Hitam)
1) Abang Lam - Kapitan
2) Ustad Pok Dan
3) Pok Nik St Edmund
4) Hisyam Airport
5) Nazulman
6) Inpektor Faizal
7) Mamat Tomyam
8) Boy Tomyam
9) Fayrol SK Kubong
10) Jemi Ganung
11) Shamsul Buruh
12) Hafiz Patiambun
13) Nik Amir
14) Bahrain Superman
15) Abe Yie
16) Pak Him
17) Pejal Pusat
18) Hisyam Bukit Batu
19) Pejal Patiambun
20) Pije Long Napir
21) Wan Long Napir
22) Miji Melbourne
23) Faizal Chung Hwa
Jangan lupa perlawanan pada :-
Hari : Ahad
Tarikh : 5 April 2009
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Stadium Limbang
"Bersama eratkan Silaturrahim melalui Bolasepak"
Thursday, March 26, 2009
BOLASEPAK PERANTAU 2009
Bolasepak Peantau 2009, Perlawanan sulung untuk musim 2009 akan
berlangsung pada :-
Tarikh : 5 April 2009 (Ahad)
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Stadium Limbang
Bayaran Penyertaan sebanyak RM30 boleh dibuat kepada Abang Lam 013-8305969
atau di Kedai Mamat Tomyam setiap petang pukul 5.30 petang.
Terhad kepada 36 orang pemain saja.
Hadiah : Jersi bolasepak bermutu tinggi dengan kaspasiti 120 Gigabyte HDD
1 Gigabyte RAM
Core 2 Dual Pentium Processor
Wireless
Hari Pengundian pasukan pada :
Tarikh : 29 Mac 2009
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Rumah Ustaz Asri (ada jamuan Nasi Dagang)
SEMUA DIJEMPUT HADIR
"BERSAMA MENGERATKAN SILATURAHIM MELALUI SUKAN"
Wednesday, March 18, 2009
Pernikahan atau Perkahwinan. ......... ......
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!
Untuk isteri.... renungkanlah. ....
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Tuesday, March 10, 2009
Jamuan Makan Malam Sempena Menyambut Maulidur Rasul - Coffee Club Perantau
Limbang, 8 Mac 2009 - Coffee Club Perantau Limbang mengadakan Jamuan Makan Malam Sempena Menyambut Maulidur Rasul di kedai Mamat Tomyam...
Ucapan jutaan terima kasih untuk Bendahari Nazulman dan Helmi kerana menjalankan tugas dengan cemerlang.. juga kepada Penghulu Coffee Club Syed Azlam kerana telah sudi meluluskan bajet untuk Jamuan Makan Malam tersebut..
hehehehe
Jawatankuasa Coffee Club Perantau 2009
Penghulu - Syed Azlam Medamit
Timbalan Penghulu I - Syed Shamsul Buruh
Timbalan Penghulu II - Syed Apih Patiambun
Setiausaha - Syed Poknik
Bendahari I - Syed Nazulman
Bendahari II - Syed Helmi Buruh
AJK -
Tuan Faizal
Tuan Anaz
Amy Anak Abe Lam
Hisyam Airport
Syed Patiambun
Asri Tauke
Wan Shamsul Agro
Tuesday, February 17, 2009
Group A Juara Futsal Tertutup Perantau 2009
Keputusan Kejohanan Futsal Tertutup Perantau 2009
JUARA - Group A
Kapitan - Che Hashim Polis
Penjaga Gol - Hisyam Epot
Pemain2 - PokNik Romeo,
Suhaimi Kembar
Tuan Anaz
Ustad Pejal
Khalid
Penjaring Gol Terhebat - Nazulman
Penjaga Gol Terhebat - Tuan Pejal
Pemain Ghaib Terhebat - Cik Wan Shamsul (sebab dia hilang lama masa orang tgh main)
Urusetia Terhebat - Ustad Ise Melawi
Yang kalah tak pyh bgtau la ekkk...
"Majulah Sukan Untuk Negara"
Wednesday, January 28, 2009
Perantau Limbang Ke Kundasang,Sabah
Pada 24 Januari 2009 yang lepas, Perantau Limbang telah mengadakan rombongan cuti-cuti Malaysia ke Kundasang, Sabah.
Konvoi sebanyak 7 buah kereta diketuai oleh Ustaz Asri Tauke bertolak dari Limbang pada jam 7.30 pagi..
Rombongan ini bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama ahli Perantau dan menikmati keindahan tanah tinggi Kundasang dan permandangan gunung Kinabalu.
Pada malam kedua, rombongan bermalam di Promenade Appartment, Kota Kinabalu.
Ahli-ahli rombongan :-
1- Ustaz Asri sekeluarga
2- Ustaz Roslan sekeluarga
3- Encik Wan Shamsul sekeluarga
4- Abah Lie sekeluarga
5- Hisyam Airport dan isteri
6- Syed patiambun dan isteri
7- Ustaz Nasir dan isteri
8- Geng Bujang penyeri majlis
(Lam Medamit, Fitri Slow Rock, Apih Patiambun & Helmi Buruh)