Sunday, October 3, 2010

Namewee – Anasir Subversif Masakini

Assalamualaikum Saudara-saudari,

Rasanya sudah cukup rakyat Malaysia beralah dan memaafkan sikap kurang ajar serta angkuh Namewee.

Klip video terbarunya amat memualkan dan sudah tidak boleh diterima lagi.

Kalau dulu pemimpin negara takut untuk mengambil tindakan keatasnya ataupun mahu memaafkan kerana ianya kesalahan pertamanya.

Mungkin juga dia dimaafkan memandangkan usianya yang muda.

Tapi, sejak sekembalinya dari Taiwan, Namewee terus mencabar kesabaran rakyat Malaysia dan umat Melayu khususnya dengan klip-klip video yang menggunakan kata-kata kesat, lucah dan menjijikan.

Jika ada yang tidak percaya bahawa Namewee amat-amat angkuh, kurang ajar serta menghina dan mengherdik rakyat Malaysia lain dan patut dihukum, sila nilai sendiri klip-klip video berikut:

1) Negarakuku http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

2) TNB http://www.youtube.com/watch?v=Ij022dP9dX4&NR=1

3) Naah http://www.youtube.com/watch?v=ePSupJ3J7-c

Wasalam

Saturday, October 2, 2010

FIKIR DENGAN HATI TERBUKA

Sebuah lagi nukilan hati daripada rakan ku.....

Mungkin orang Melayu tidak sedar bahawa kedudukannya terhakis di bumi Malaysia ini setiap saat dan setiap waktu.

Ini mungkin kerana terpengaruh dengan politik kepartian dan percaya parti politik yang mereka dokong akan menjamin masa depan mereka.

Ramai orang Melayu hari ini percaya bahawa DAP tidak akan meminggirkan mereka. Mungkin mereka lupa bahawa peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 berlaku kerana angkara DAP yang menhina dan mengherdik orang Melayu di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.

DAP serta anasir-anasir anti-Melayu telah berjaya menukar sejarah dengan mengatakan bahawa konflik yang berlaku ditimbulkan oleh Umno yang takut kehilangan kuasa.

Maka orang Melayu yang menyokong PKR dan PAS yang benci dengan Umno telah dengan mudah menerima dakyah DAP.

Dengan itu terlupalah orang Melayu mengenai DAP dengan penyapu gergasi yang di bawa sekeliling bandar Kuala Lumpur untuk menyapu orang Melayu keluar dari bandaraya itu.

Dengan itu, lupa jugalah orang Melayu dengan jeritan-jeritan kasar dan lucah oleh penyokong DAP yang memaki hamun orang Melayu.

Di dalam kealpaan orang Melayu, DAP telah terus menjalankan muslihatnya, mendaftarkan seberapa ramai pengundi Cina dan dipindahkan ke kawasan-kawasan yang Melayu cuma majoritinya tipis.

Jika DAP itu ikhlas, udah pasti ia tidak melakukan ini semua kerana ini akan melemahkan kedudukan PAs dan PKR. Tetap itulah DAP, jarinya lurus, kelingkingnya berkait. Baca seterusnya disini: http://kickdefella.wordpress.com/2010/09/06/aidl-fitri-terakhir/

Yang menyampaikan dengan ikhlas,

Insan Melayu

Saturday, May 8, 2010

MAKLUMAT SEMASA

Assalaamu'alaikum.....bersua kita kembali setelah lama menyepi....
Maaf dipinta kepada semua sebab lama tak buat catatan kat blog ni....xtau kenapa...tapi alasan yang selalu digunapakai ialah sibuk dengan kerja.

untuk catatan kali ni berkenaan ahli-ahli perantau yang dapat cahayamata atau permata hati...
ramai la jugak yang dapat rezeki tahun ni...antaranya
1- Ust. faizal sk melayu pusat
2- cikgu hairul sk melayu pusat
3- Cikgu Hanafi sk telahak.
4- ust Abdul Ghani smka
5- ust nasir sk bandar
6- ust. razali skbandar
7- ust. zulkurnaen sk mlayu pst

rasanya ada lagi kot yang tertinggal ni...ramai kan?

tahniah kita ucapkan kepada mereka2 yang berkenaan.
tingkatkan usaha kalian untuk ramaikan penduduk di limbang ini....dari itu lebih kuatlah kedudukan kalian kat bumi bertuah ini...janganlah kalian sibukkan diri nak minta pindah sebab rezeki kalian melimpah-ruah kat sini....Alhamulillah.

Monday, February 15, 2010

BOLA SEPAK PERANTAU

Baru-baru ini PERANTAU kita telah adakan perlawanan bola sepak seperti tahun2 dulu.
undian tahun ini sama jugak dibahagikan kepada 2 pasukan A dan B. Pasukan A terdiri daripada ablan, azizi smka, fadhli gadong, fairul yuk hin, faizil meritam, haji li, helmi duke, izzat sk bandar, lan tomyam, mat patiambun, pije long napir, jali sk bandar, suhaimi limpaku, suwardi sk limbang, syukri gadong, wan patiambun, yo smka, faizal patiambun, alai mamat.
Paskan B pula tak lain tak bukan star kita ( lo no starmbun) asri tokey, che wan agro, hafiz teknisyen, hashim polis, jenal robin, khalil teknisyen, mamat tomyam, pok dan, syamsul buruh, syed patiambun, tuan faizal, zaidi gadong, zukori othman, zul kapan, zulkarnaen mlayu pusat, zurilazman dan star sorg lagi tak lain tak bukan hisham dca.

main punya main...lawan punya lawan.... pemain2 pihak B menyerang dengan sengit akhirnya kecundang dengan 5 gol berbalas 2 je....mungkin silap percaturan antara star2 pasukan B...star dia asri tokey sengih je kat luar padang.... jenl robin kata kekalahan pihaknya adalah sebab padang tak rata dan berdenyut-denyut macam main atas span.... macam2 ye ulasannye... padang bola pun ingat macam spanlah tilamlah... macam2 la kalau dah kalah.

emmmm....macam tu la kisah bola sepak perantau siri 1 2010 ni....selaku pencatat kat blog ni tidaklah saya menyebelahi mana pihak masa catat laporan ni....kalau ada yang agak melebih-lebih sedikit tu harap maaflah ye.... kadang2 rasa nak tergelak jugak ngan telatah pihak lawan...tu yang terlanjur sedikit sebanyak tu... sekian Wassalam.

SALAM 2010

SALAM KEMBALI BUAT ANDA PERANTAU.

Berjumpa lagi kita di blog yang tak seberapa ini.... setelah lama menyepi, blog ini akan diisi semula dengan berita2 berkenaan ahli perantau kita di Limbang ini. Lama blog ini tak diisi dan diupdate atas sebab kesibukan pencatat dengan urusan kerja masing2. kami mengucapkan ribuan kemaafan atas kealpaan ini. Namun kami jugak tau bahawa peminat2 blog ini jugak sibuk melayan laman baru iaitu facebook.saya jugak ada meninjau kat dalam tu....ramai jugak ahli2 kita yang aktif kat situ...jadi kunjungan ke blog ini agak sepi jugaklah... Ini tal menjadi masalah...blog ini akan terus ada selagi ia dibenarkan terus bersiaran di skrin monitor anda. harapan kami pencatat blog ini... jenguk2lah blog ini untuk sama2 berkongsi apa yang ada di sini...sekian dari saya...SELAMAT TAHUN BARU 2010 dengan azam baru dan semoga apa yang dicita-citakan dan didambakan tahun baru ini akan menjadi kenyataan bagi anda semua....Wassalam.






Tuesday, October 13, 2009

Program lepas Raya

Lepas raya ni banyok program Perantau nok kena buat

Badminton Superseries - (tarikh belum ditetapkan lagi)
Kutipan duit sedang di buat sapa2 tok bayar lagi tu,
sila bayar kepada Nazulman. ( Bendahari)
kali ni badminton dianjurkan oleh Shukri Gadong.

Bolasepak Perantau Final 2009 (tarikh belum ditetapkan lagi)
Bayaran RM30 seorang bayar kepada Hisyam Airport atau Abang Lam
Ada hadiah bajula sebab final kam..

Projek memancing di ulu tak dapat dijalankan atas sebab2 teknikal
jadi kita ganti dengan Projek Mancing malam minggu di belakang kedai Mamat Tomyam

Eratkan silaturrahim sesama Perantau..

"Bersatu Melalui Sukan"




Thursday, October 1, 2009

TAHNIAH

Ucapan TAHNIAH diucapkan kepada ahli-ahli perantau kita yang baru sahaja mendapat CAHAYA MATA.... dengan kata naik pangkat lanc koperal, dan ada jugak yang dapat pangkat sarjan... Antara ahli-ahli tersebut....

1. Tuan Hisham DCA (Lanc Koperal Hisham lah sekarang ni) - mendapat puteri.

2. Tuan Shahrir SMK Kubong - mendapat puteri jugak.

3. Tuan Syed Syahril Izaham SMK Patiambun - mendapat puteri jugak.

4. Tuan Khairul Hisham SK Melayu Pusat (Sarjan Hisham) - mendapat anak lelaki.

TAHNIAH lagi sekali untuk ahli-ahli kita ini.

Motivasi untuk kalian....tingkatkan usaha dan teruskan untuk memperbanyakkan umat Islam.

ALHAMDULILLAH....

Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI

Salam Adilfitri dari saya untuk semua ahli perantau samada yang balik kampung atau pun yang tak balik... yang balik tu janganlah lupa kami diLimbang ini dan janganlah pula bayangkan kami ini brsedih hati...kita semua bergembira walaupun jauh dari kampung halaman....kami juga tak kurangnya dapat menjamu selera dengan juadah hari raya di sini....tak lah makan kelupis je....banyak rumah terbuka kawan2 kita yang tak balik alu-alukan....

saya mohon ribuan ampun dari kawan2 perantau dan juga bekas perantau.... yang tentunya mungkin ada ketelanjuran kata....kawan2 semua pun sedia maklum saya tidak kurangnya juga bermulut lazer....takut juga ada yang tersentuh hati.... Maaflah ye...

sekian ..... Maaf Zahir Batin.

SALA AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA.






Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya kepada semua ahli-ahli perantau Limbang...
Saya ingin memohon jutaan kemaafan di atas segala salah dan
silap sepanjang perkenalan ini...

Saya juga sekarang ini sedang mencari seseorang yang boleh
mentadbir blog ini supaya blog ini supaya ianya sentiasa aktif...

Sebenarnya Perantau Limbang sentiasa aktif dengan bermacam- macam program tetapi
memandangkan saya sekarang ini terlalu sibuk dengan urusan kerja jadi segala urusan
meng update blog Perantau Limbang ini jadi tergendala.......

Mohon jutaan kemaafan kerana tidak berkesempatan meng update blog ini selalu...
Sesiapa yg berminat menjadi author blog ini bolehla emel saya ke :-
hisyam@dca.gov.my

Saya berharap agar ahli-ahli Perantau Limbang ni bersatu hati dia bawah satu nama PERANTAU LIMBANG, tidak kiralah dari mana asal negeri kita.. asalkan kita semua dari
semenanjung Malaysia.. Semoga kebersatuan dan keratan Silaturrahim kita sepanjang kita berkhidmat di negeri Sarawak ini menjadi
ini kenangan manis bila kita meninggalkan bumi Sarawak nanti.

Sekian..
Salam Aidilfitri untuk semua...