Sunday, October 3, 2010

Namewee – Anasir Subversif Masakini

Assalamualaikum Saudara-saudari,

Rasanya sudah cukup rakyat Malaysia beralah dan memaafkan sikap kurang ajar serta angkuh Namewee.

Klip video terbarunya amat memualkan dan sudah tidak boleh diterima lagi.

Kalau dulu pemimpin negara takut untuk mengambil tindakan keatasnya ataupun mahu memaafkan kerana ianya kesalahan pertamanya.

Mungkin juga dia dimaafkan memandangkan usianya yang muda.

Tapi, sejak sekembalinya dari Taiwan, Namewee terus mencabar kesabaran rakyat Malaysia dan umat Melayu khususnya dengan klip-klip video yang menggunakan kata-kata kesat, lucah dan menjijikan.

Jika ada yang tidak percaya bahawa Namewee amat-amat angkuh, kurang ajar serta menghina dan mengherdik rakyat Malaysia lain dan patut dihukum, sila nilai sendiri klip-klip video berikut:

1) Negarakuku http://www.youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

2) TNB http://www.youtube.com/watch?v=Ij022dP9dX4&NR=1

3) Naah http://www.youtube.com/watch?v=ePSupJ3J7-c

Wasalam

Saturday, October 2, 2010

FIKIR DENGAN HATI TERBUKA

Sebuah lagi nukilan hati daripada rakan ku.....

Mungkin orang Melayu tidak sedar bahawa kedudukannya terhakis di bumi Malaysia ini setiap saat dan setiap waktu.

Ini mungkin kerana terpengaruh dengan politik kepartian dan percaya parti politik yang mereka dokong akan menjamin masa depan mereka.

Ramai orang Melayu hari ini percaya bahawa DAP tidak akan meminggirkan mereka. Mungkin mereka lupa bahawa peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 berlaku kerana angkara DAP yang menhina dan mengherdik orang Melayu di Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.

DAP serta anasir-anasir anti-Melayu telah berjaya menukar sejarah dengan mengatakan bahawa konflik yang berlaku ditimbulkan oleh Umno yang takut kehilangan kuasa.

Maka orang Melayu yang menyokong PKR dan PAS yang benci dengan Umno telah dengan mudah menerima dakyah DAP.

Dengan itu terlupalah orang Melayu mengenai DAP dengan penyapu gergasi yang di bawa sekeliling bandar Kuala Lumpur untuk menyapu orang Melayu keluar dari bandaraya itu.

Dengan itu, lupa jugalah orang Melayu dengan jeritan-jeritan kasar dan lucah oleh penyokong DAP yang memaki hamun orang Melayu.

Di dalam kealpaan orang Melayu, DAP telah terus menjalankan muslihatnya, mendaftarkan seberapa ramai pengundi Cina dan dipindahkan ke kawasan-kawasan yang Melayu cuma majoritinya tipis.

Jika DAP itu ikhlas, udah pasti ia tidak melakukan ini semua kerana ini akan melemahkan kedudukan PAs dan PKR. Tetap itulah DAP, jarinya lurus, kelingkingnya berkait. Baca seterusnya disini: http://kickdefella.wordpress.com/2010/09/06/aidl-fitri-terakhir/

Yang menyampaikan dengan ikhlas,

Insan Melayu